fbpx
Antara usahawan yang menyertai kempen Raya Klasik: Nostalgia Bersemi, Raya Berseri” di pusat beli belah Busana @ Menara Mara.

Usahawan kraf, fesyen ‘berkampung’ di Busana @ Menara Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 20 usahawan kraf dan pereka fesyen berkampung di pusat beli belah Busana @ Menara Mara sempena Kempen Raya Klasik: ‘Nostalgia Bersemi, Raya Berseri”.

Kempen yang bermula sejak 23 Februari lalu menampilkan pelbagai usahawa dan pereka terkenal termasuklah Siti Khadijah, Nas Clotihing, Noor Arfa, Mr and Mrs Adam Corrie, Afifahmi Concept Syidiya, serta Creation Jr. Boutique.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Incorporated Sdn. Bhd, Faizul Idzhar Ahmad Yazi berkata, selain pakaian, pengunjung turut disajikan dengan lebih 200 pilihan produk kuih-muih keluaran pengusaha tempatan.

“Kami mahu Busana@Menara Mara menjadi destinasi pilihan utama keluarga. Ruang perniagaan di lokasi strategik ini adalah manifestasi sokongan berterusan kami terhadap usahawan baru.

“Kami yakin kepelbagaian produk fesyen terkini hingga ke perkhidmatan asas menjadikan Busana @ Menara Mara destinasi ‘one-stop center’ yang dinamik,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menaik taraf Surau Al-Busana di aras dua bagi memastikan pengunjung dapat beribadah dengan tenang dan selesa sambil melakukan persiapan raya.

Mengulas lanjut, Faizul Idzhar berkata, pihaknya turut menyediakan program ganjaran raya klasik menawarkan pelbagai insentif menarik buat pelanggan setia.

“Dengan setiap pembelian di pusat beli-belah ini, pelanggan berpeluang membawa pulang paket raya klasik eksklusif, set mangkuk tingkat klasik, serta menyertai cabutan hadiah mingguan yang menarik.

“Bagi memudahkan pelanggan berbuka puasa, bazar Ramadan terletak bersebelahan Busana @ Menara Mara turut menyediakan lebih 30 vendor makanan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN