Saudara Pengarang, Sepanjang bulan Ramadan biasanya masjid-masjid atau surau di seluruh negara menyediakan juadah moreh selepas umat Islam selesai menunaikan solat sunat tarawih. Bagi masjid yang besar, juadah yang disajikan mungkin pelbagai dan memikat selera jemaah yang datang melakukan ibadah malam seperti kuih-muih, bihun goreng, malah ada juga menyediakan jamuan nasi. Dalam ramai-ramai jemaah yang datang, pasti ada segelintir daripada mereka yang suka mengambil makanan dalam jumlah banyak seolah-olah tiada hari esok untuk mereka makan, pada hal ketika berbuka puasa…














