KETIKA ini, pendigitalan sektor pembinaan merupakan agenda penting dalam usaha mentransformasikan industri ke arah yang lebih produktif, selamat dan mampan. Dalam landskap pembinaan yang semakin kompleks serta berintensifkan teknologi, keupayaan tenaga kerja untuk menyesuaikan diri dengan perubahan digital menjadi faktor kritikal kepada daya saing industri. Menyedari hakikat ini, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memainkan peranan strategik sebagai peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pembinaan serta pemacu utama agenda digitalisasi dalam sektor pembinaan negara. Pengurus Besar Kanan, Sektor Pendaftaran……














