KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan air bertakung di beberapa lokasi sekitar pusat bandar raya.
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC) dalam perkongsian di Facebook berkata, antara laluan yang terjejas adalah Jalan Pudu, Jalan Maharajalela dan Jalan Tun Sambanthan.
“Hujan lebat dan air bertakung di beberapa lokasi sekitar pusat bandar,” kata hantaran itu.
Cuaca yang berterusan mengakibatkan air bertakung di beberapa kawasan rendah sekali gus menjejaskan kelancaran trafik. – KOSMO! ONLINE














