fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM di laman Facebook

‘Gedik’ mungkin petanda gangguan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat suara sengaja dilunakkan, ketawa berlebihan untuk perkara kecil dan gemar mencuri tumpuan sering membuatkan seseorang mudah dilabel sebagai ‘gedik’.

Namun di sebalik persepsi itu, Public Health Malaysia (PHM) menegaskan tingkah laku sedemikian tidak semestinya sekadar mengada-ngada, sebaliknya boleh berkait rapat dengan faktor psikologi dan kesihatan mental.

PHM menjelaskan, individu yang terlampau dahagakan perhatian sering mengalami ketagihan dopamin dan validasi luaran. Setiap tindak balas, jelingan atau teguran yang diterima akan melepaskan hormon dopamin dalam otak, sekali gus membuatkan mereka berasa ‘dihargai’.

“Tingkah laku dramatik ini menjadi jalan pintas untuk mendapatkan lonjakan dopamin. Secara klinikal, mereka sebenarnya ketagih kepada validasi luaran,” jelasnya

Selain itu, sikap menonjol keterlaluan juga boleh menjadi topeng kepada rasa rendah diri. Menurut kajian psikologi, ia merupakan satu mekanisme pertahanan minda bagi menutup ketakutan menjadi ‘halimunan’, keseorangan atau tidak dipedulikan.

Dalam kes lebih serius, tingkah laku mencari perhatian melampau boleh menjadi simptom kepada Histrionic Personality Disorder (HPD). Individu dengan gangguan ini cenderung berasa sangat tertekan dan cemas jika bukan menjadi tumpuan utama, malah emosi mereka mudah berubah dan bersifat cetek.

“Peraturan paling utama, jangan layankan ketagihan mereka. Berikan tindak balas yang mendatar, ringkas dan neutral supaya tingkah laku dramatik itu tidak lagi membuahkan hasil,” katanya.

Tambah PHM, apabila otak tidak menerima ‘ganjaran’ dopamin daripada respons orang sekeliling, individu tersebut lazimnya akan mengurangkan tingkah laku berlebihan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN