MELAKA – Seorang wanita terkilan apabila tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya apabila gadis itu salah seorang antara tiga yang maut dalam kemalangan di Jalan Tambak Paya di sini semalam. Zaharah Hamzah, 43, berkata, anaknya Nur Khairiah Mat Mazlin, 16, sebelum itu menyatakan hasrat untuk berpindah dan memulakan hidup baharu bersamanya di Endau, Mersing selepas raya. Katanya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek itu memberitahu mengenai niatnya itu ketika menghubungi pada malam sebelum kejadian. “Dia mahu tinggal dengan saya…






