fbpx
Anwar

Anwar zahir doa, solidariti buat Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan solidariti Malaysia kepada semua pihak yang terkesan susulan konflik di Asia Barat.

“Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan, serta berharap agar keamanan, keadilan dan kestabilan dapat segera dipulihkan di Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan konflik tercetus selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS)melancarkan serangan ke atas Iran sehingga mencetuskan ketegangan di beberapa negara Asia Barat, dengan hampir semua ruang udara dilaporkan ditutup.

Stesen televisyen pemerintah Iran mengesahkan kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran AS dan Israel ke atas kediaman beliau.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI