MENJADI-JADI nampaknya trend TikTok ‘Intinya Kacamata Mama Udahlah’ sampai ramai selebriti pun terjebak.
Pelakon Datuk Adi Putra pun tak ketinggalan berkongsi video pendek juga trend hangat dari Indonesia itu sambil mengenakan mata hitam.
Mengenakan hoodie, gaya bintang filem Mat Kilau itu menjadi perhatian netizen yang kagum dengan penampilannya.
“Macam anak muda, tak dimakan usia,” itu antara komen ramai yang menyifatkan aktor berumur 44 tahun itu tetap segak tidak dimamah waktu.
Memang betul kata netizen. Kalau salah tengok dan tak tahu tarikh lahirnya, mesti ada yang kata Adi masih 30-an.
Agaknya apa rahsia yang membuatkan wajahnya terus kekal muda. Nanti Diva minta kawan cuba risik petua pelakon handalan itu ye.
DIVA: Makin pelik dan lain wajahnya, tak sangka pelakon lelaki pun buat muka ke?














