fbpx
SULTAN Nazrin (dua dari kanan) dan Tuanku Zara (kanan) melihat antara kuih-muih yang dijual di bazar Ramadan Arena di Kuala Kangsar hari ini. - Foto oleh FADZIL ZAINOL

Sultan Nazrin kunjungi Bazar Ramadan Kuala Kangsar, nasihat kurangkan gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar di sini, untuk bersama-sama rakyat membeli juadah berbuka puasa.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berangkat sama ke bazar tersebut yang dikunjungi kira-kira lebih 1,000 orang.

Baginda dan Tuanku Zara tiba di bazar pada pukul 5.15 petang dan disambut oleh pentabir dan pegawai daerah serta orang ramai yang berada di situ.

Pengunjung bazar tidak melepaskan peluang melihat secara dekat Sultan Nazrin dan Tuanku Zara.

Baginda sempat bertanyakan khabar kepada para pengunjung dan peniaga, selain sentiasa menasihati mereka supaya mengawal pengambilan makanan bergula.

“Kurangkan gula,” kata Sultan Nazrin kepada mereka ketika berjalan meninjau serta membeli makanan di bazar tersebut yang sertai lebih 100 peniaga.

Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar yang popular dengan beberapa jenis makanan seperti murtabak, Putu Perak, Laksa Kuala serta beberapa lagi kuih-muih popular tempatan.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara tidak ketinggalan membeli aneka makanan seperti murtabak dan pulut udang semasa berada di sana kira-kira 25 minit minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN