fbpx
LUCU! Diana Danielle jadikan laluan sempit sebagai ukuran penurunan berat badannya.

Laluan sempit ukur gemuk kurus Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GELAGAT Diana Danielle melepasi laluan sempit sebagai penanda aras berat badannya turun selepas menjalani ibadah puasa meraih perhatian ramai baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Diana melalui beberapa laluan sempit seperti di celah pokok dan sofa bagi membuktikan badannya semakin kurus.

“Point of view (POV) sudah turun 3 kilogram pada bulan Ramadan selepas empat hari berpuasa,” katanya.

Perkongsian tersebut turut diakui segelintir netizen yang melakukan perkara sama bagi mengetahui berat badan semakin turun atau sebaliknya.

“Ingatkan aku seorang saja buat begini, Diana pun sama!

“Ini betul sangat! Laluan sempit adalah pengukur tubuh kita, bukan alat timbang berat!” seloroh netizen.

Video tersebut seterusnya meraih hampir 300,000 tontonan dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI