fbpx
ALIA Bhatt bangga mengumumkan pencalonan filem bahasa asing terbaik di pentas BAFTA dalam bahasa Hindi.

Alia Bhatt bangga meraikan bahasa ‘wayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal Alia Bhatt menuai pujian ramai apabila menggunakan bahasa ibundanya ketika menyampaikan anugerah di Anugerah BAFTA yang berlangsung di London baru-baru ini.

Ini adalah debut Alia di anugerah berprestij itu dan dia diberikan penghargaan untuk menyampaikan trofi bagi kategori Filem Bukan Bahasa Inggeris Terbaik.

Sewaktu memulakan ucapan, Alia memulakan dengan bahasa Hindi: “Namaskar! Agla award ek aisi film ke liye hai, jo angrezi mein nahi hai. (Salam sejahtera. Anugerah seterusnya adalah bagi kategori filem yang bukan berbahasa Inggeris).”

Dia kemudian menyambung ucapannya dalam bahasa Inggeris, “ Don’t reach for subtitles just yet” ( jangan mencari terjemaah lagi).

“Saya hanya menyampaikan kategori dalam bahasa Hindi kerana meski filem hadir dalam pelbagai bahasa, kita meraikan bahasa wayang. Itu adalah bahasa yang kita semua fasih. Dan calon-calonnya adalah,” katanya.

Penampilan Alia turut meraih pujian ramai apabila dia menyatakan busana mewah berwarna perak ilham rumah fesyen terkenal, Gucci memandangkan dia merupakan duta antarabangsa untuk jenama berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN