MENYOROTI rumah tangga yang pernah dibinanya, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Aina itu memberitahu dirinya telah berkahwin pada usia yang begitu muda. Ketika itu, dia dan teman lelakinya baru menjengah usia 18 tahun dan tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Saya dan suami telah menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah lagi. Setelah tamat SPM, kami berdua tidak menyambung pengajian, sebaliknya terus bekerja. “Selepas ada kerja, kami mengambil keputusan untuk berkahwin, meskipun kedua-dua keluarga pada mulanya tidak memberi kebenaran kerana……














