fbpx
Hukum bagi orang yang sengaja melewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga berlalunya Aidilfitri adalah haram dan berdosa. - Gambar hiasan

Perlukah qada zakat fitrah tertunggak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saya tidak mengeluarkan zakat fitrah sudah hampir 10 tahun sedangkan saya berkemampuan untuk membayarnya dan telah mencukupi syarat-syarat wajib. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat fitrah pada tahun-tahun sebelumnya?

JAWAPAN: Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan zakat fitrah ke atas setiap umat Islam yang hidup pada bulan Ramadan sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Ibn Umar RA, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang tamar dan satu gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap orang yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan.” (Riwayat Muslim)
Kewajipan zakat fitrah terikat dengan syarat-syarat berikut iaitu:
1) Islam
2) Terbenam matahari pada akhir Ramadan (malam raya Aidilfitri) iaitu sesiapa yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan, maka diwajibkan keluar zakat fitrah bagi pihaknya. Begitu juga anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. Tetapi tidak diwajibkan zakat fitrah sesiapa yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
3) Mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluannya dan tanggungannya pada malam serta pagi raya Aidilfitri.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa haram dan berdosa hukumnya jika seseorang itu melewatkan zakat fitrah selepas hari raya: “Dan sekiranya seseorang melewatkan zakat fitrah selepas hari raya fitrah, maka dia berdosa.”

Syeikh al-Bujairimi menjelaskan lagi bahawa pengharaman itu berlaku apabila dilakukan dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran seperti tidak memiliki harta atau tiada individu berhak menerima zakat.

Hal ini kerana tujuan pensyariatan zakat fitrah itu sendiri adalah untuk mencukupkan keperluan penerima zakat bagi mengelakkan mereka daripada meminta-minta pada hari raya.

Ibadah yang dilaksanakan selepas berlalu waktu yang ditetapkan dianggap sebagai qada seperti disebutkan oleh Imam al-Nawawi: Inilah pengertian qada daripada sudut istilah iaitu melakukan ibadah selepas waktunya ditetapkan.

Sepakat ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa mengeluarkan zakat fitrah selepas berlalu hari raya tahun tersebut, maka wajib membayarnya semula (qada zakat fitrah).

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa zakat fitrah merupakan ibadah yang terikat dengan waktu.

Justeru, apabila ia dilaksanakan di luar waktunya, maka ia akan dianggap qada seperti mana ibadah solat.

Berbeza dengan zakat harta yang lain, jika sengaja dilewatkan selepas tercapai tamakkun (sampai nisab dan haulnya), maka ia dianggap berdosa dan wajib mengeluarkannya segera serta bukanlah dianggap sebagai qada. Hal ini kerana zakat harta tidak terikat dengan waktu pelaksanaan tertentu.

Manakala, bagi mereka yang meninggalkan zakat fitrah dengan sengaja tanpa keuzuran, maka wajib mengqadanya semula dengan segera.

Namun, Imam al-Zarkasyi dan al-Azrai’e tidak membezakan sama ada ia dilakukan secara sengaja atau tidak, maka tetap wajib mengqada zakat fitrah segera kerana hal ini berkait dengan hak-hak manusia.

Kesimpulannya, hukum bagi orang yang sengaja melewatkan pembayaran zakat fitrah sehingga berlalunya Aidilfitri adalah haram dan berdosa.

Pelakunya wajib mengqadakan zakat fitrah (membayar semula) sebanyak jumlah yang tertunggak.

Hal ini kerana zakat fitrah merupakan ibadah yang terikat dengan waktu tertentu, maka wajib diqada dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN