fbpx
AHMAD Zahid (tiga dari kanan) bergambar bersama penerima kotak SARA Rahmah selepas menyempurnakan perasmian Mydin Mart Bagan Datuk, Hutan Melintang hari ini.

Kerajaan pantau situasi banjir di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Kerajaan terus memantau situasi banjir di Sabah yang menyaksikan jumlah mangsa meningkat kepada 6,655 orang setakat petang Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua agensi berkaitan kini digerakkan sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk yang terjejas terpelihara.

“Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi penguatkuasaan sedang menyantuni mangsa di sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Mydin Mart Bagan Datuk di Hutan Melintang hari ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lalu menyaksikan ribuan penduduk terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, sebelum ini PPS dibuka di tiga daerah iaitu Paitan, Kota Marudu dan Pitas, namun keadaan banjir menunjukkan perubahan apabila kawasan terjejas beralih ke Beaufort, Sipitang dan beberapa daerah lain.

“Saya berharap hujan yang dijangka berterusan hingga bulan Mac, tidak menjejaskan persiapan umat Islam menyambut Aidilfitri. Sama-sama kita berdoa agar luruan hujan akan berkurangan,” katanya.

Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 6,655 orang daripada 2,326 keluarga setakat pukul 4 petang ini berbanding 5,860 orang daripada 2,067 keluarga tengah hari tadi.

Tiga daerah menunjukkan peningkatan mangsa, iaitu Tenom dengan 4,345 orang daripada 1,467 keluarga, Beaufort (1,529 orang, 535 keluarga) dan Membakut (441 orang, 173 keluarga).

Kesemua mereka ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI