Penangan 30 Hari 30 Resipi pempengaruh Khairul Aming membuatkan ramai tidak keruan setiap kali bulan Ramadan. Pelbagai kerenah dan keletah pengikut Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA dapat dilihat terutama apabila mereka berkongsi hasil masakan masing-masing dengan kebanyakan masakan tidak menjadi disebabkan mereka hanya masuk dapur pada bulan Ramadan. Video yang dikongsi ada yang lucu dan ada juga memaparkan kegembiraan satu keluarga apabila resipi yang paling mencabar setakat ini, iaitu puding karamel menjadi dan terletak cantik. Ada yang kata…














