fbpx
FAM difahamkan mengemukakan rayuan untuk pengurangan hukuman penggantungan 12 bulan dan tidak mencabar keputusan FIFA sebelum ini.

CAS umum keputusan rayuan pemain warisan, FAM minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Impian ribuan peminat sukan tanah air untuk mengetahui keputusan muktamad rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) nampaknya tertunda lagi.

Menurut laporan ASEAN Football, CAS memerlukan masa untuk meneliti setiap bukti yang dikemukakan oleh semua pihak termasuk yang diserahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Keputusan CAS tidak akan dikeluarkan pada pagi ini (27 Februari) seperti yang dijangka. Kemungkinan besar status penuh akan diketahui pada minggu depan,” kata laman tersebut.

Jika menang proses rayuan, tujuh pemain warisan iaitu Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel dijangka terlepas daripada hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini.

Bagaimanapun, hukuman tersebut akan kembali diaktifkan jika gagal selepas diberi ‘talian hayat’ hampir sebulan oleh CAS yang membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman atau Stay of Execution pada, Januari lalu.

Selain hukuman terhadap pemain, FAM turut diperintahkan untuk membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA seperti yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada September lepas.

Lebih malang, FIFA turut membatalkan keputusan tiga aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin selepas mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN