fbpx
Tangkap layar poster promosi Ramadan di sebuah kedai pencuci mulut.

Kedai pencuci mulut terkenal dikecam promosi Ramadan mengelirukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sebuah jenama pencuci mulut menawarkan harga istimewa bagi hidangan di kedai mereka sempena bulan Ramadan mendapat kritikan orang ramai.

Perkara itu kerana, kedai tersebut menetapkan harga promosi bagi pencuci mulut itu hanya boleh didapati pada pukul 10 pagi hingga ke 5 petang dan cuma tersedia untuk dimakan di premis berkenaan sepanjang Ramadan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan jenama besar tersebut yang dikatakan tidak menghormati Ramadan dan mengelirukan.

“Lebih baik kamu betulkan promosi ini sekarang. Jangan sampai pelanggan lari, promosi harga murah tapi kena makan di kedai. Bincangkan,” kata Ellisenomi.

“Berani dia guna perkataan Ramadan dan tetapkan promosi untuk waktu siang sahaja?,” kata Faris.

“Jakim dan KPDNHEP pantau penggunaan Ramadan Deal sebagainya dalam tempoh puasa ini. Mengelirukan dan menjengkelkan, macam mana boleh lulus iklan promosi?,” kata Eva.

Sehingga kini, tinjauan di media sosial rasmi kedai pencuci mulut itu mendapati poster berkenaan telah diturunkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN