fbpx
Caption: Muhammad Firash Arshad Izuandi dan Nur Safiyyah Azzahra bergambar bersama Mohd. Asri tengah selepas Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2024 di Seremban, hari ini.

UPKK: 1,345 calon dapat semua A di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Bahasa Arab menunjukkan lonjakan positif dalam keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025 di negeri ini, apabila 1,345 calon memperoleh gred A berbanding pencapaian tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains), Datuk Mohd. Asri Abdullah berkata, secara keseluruhannya, seramai 1,211 calon daripada keseluruhan 12,205 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A.

“Negeri Sembilan juga berjaya merekodkan gred purata skor (GPS) 1.76 dengan 90.65 peratus kadar kelulusan keseluruhan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Pengumuman Keputusan di Dewan Za’ba, Bahagian Pendidikan Jheains, di sini, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, pelajar terbaik UPKK Negeri Sembilan 2025 bagi kategori lelaki dirangkul oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Si Rusa, Port Dickson, Muhammad Firash Arshad Izuandi dan kategori perempuan dirangkul murid SK Tunku Munawir, Kuala Pilah, Nur Safiyyah Azzahra Mohd Hafiz.

Ujar Mohd Asri lagi, jumlah calon UPKK 2025 itu meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan kadar kehadiran mencapai 99.5 peratus, sekaligus membuktikan komitmen padu ibu bapa, murid dan institusi KAFA di seluruh negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN