fbpx
Pengikut Syattariyah bersolat di tepi pantai ketika melihat anak bulan di Pantai Ulakan, Padang Pariaman. - ANTARA

Pengikut Syattariyah mula berpuasa Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengikut pegangan Syattariyah di Padang Pariaman, wilayah Sumatera Barat mula berpuasa Jumaat lalu, sehari selepas sebahagian besar umat Islam di Indonesia memulakan Ramadan seperti yang diumumkan pemerintah, lapor portal berita TV One News.

Permulaan puasa ditentukan berdasarkan kaedah pengiraan nombor Hamsiah, yang merupakan garis panduan kumpulan tersebut.

Berdasarkan pengiraan yang digunakan, melihat anak bulan berlaku menjelang waktu matahari terbenam. 

Keputusan untuk memulakan puasa akan dibuat selepas proses rukyat (melihat anak bulan) dan rundingan dengan ulama tempatan.

Selain Padang Pariaman, jemaah Syattariyah juga tersebar di beberapa wilayah lain di Indonesia, termasuk Jambi, Riau dan Bengkulu. 

Beribu-ribu pengikut di kawasan itu berpegang pada kaedah sama untuk menentukan permulaan Ramadan, selaras dengan ajaran tarekat Syattariyah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN