fbpx
ISMAIL menunjukkan suspek dan migran yang ditahan di Kompleks ICQS Padang Besar, awal bulan ini.

Pemandu teksi Thailand ‘kantoi’ cuba seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PERLIS – Helah dua pemandu teksi warga Thailand untuk menyeludup masuk enam migran dari Thailand dengan menyamar sebagai penumpang biasa gagal apabila kesemua mereka ditahan pada 6 Februari lalu.

Kesemua mereka diberkas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, dekat sini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, dalam operasi kira-kira pukul 8.20 malam itu, sepasukan Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Padang Besar memeriksa sebuah Honda Odyssey bernombor pendaftaran Thailand.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang warga Thailand masing-masing berusia 35 dan 28 tahun.

“Turut ditemukan dua lelaki dan seorang wanita warga China berusia 29, 30 dan 38 tahun serta tiga lelaki Indonesia berusia 33, 36 dan 45 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Kuala Perlis, di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati tiga warga China itu tidak mempunyai pasport atau sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

“Tiga warga Indonesia pula memiliki pasport, tetapi tiada rekod atau cop kemasukan secara sah,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN