fbpx
ANZALNA turut terkesan dengan pemergian anak sulung Amyza Aznan.

‘Orang luar pun menangis tengok video, kehilangan anak terlalu sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan tidak mampu menahan air mata susulan berita pemergian anak sulung kepada aktres Amyza Aznan iaitu Andre Mikail yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru, semalam.

Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, mengakui berita tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya malah menyifatkan kehilangan seorang anak sebagai satu ujian yang amat perit yang ditanggung.

“Semalam sebelum tidur bersembang dengan suami cakap dekat dia, kita tak tahu berapa lama Allah pinjamkan kita usia dan orang-orang yang kita sayang.

“Kita orang luar ini pun menangis tak henti setiap kali tengok video. Kehilangan seorang anak yang terlalu kita sayang Allahuakbar terlalu sakit,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan doa agar Amyza sekeluarga diberi kekuatan yang luar biasa untuk menempuh fasa sukar.

“Salam takziah buat kak Amyza Aznan sekeluarga. Semoga kak Amyza terus diberi kekuatan.

“Pemergian di bulan Ramadan bulan yang mulia.

“Semoga kita juga dikurniakan pengakhiran yang baik, insha-Allah,” jelasnya.

Terdahulu, jenazah Andre selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah Keramat AU3.

Sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN