PETALING JAYA – Hasrat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menikmati keseluruhan dividen sempena Hari Raya Aidilfitri sukar direalisasikan. Ini kerana sebarang perubahan seperti menambah peratusan agihan dividen KWSP ke dalam Akaun 3 (Fleksibel) daripada 10 peratus ketika ini memerlukan kelulusan kerajaan. Justeru, harapan pencarum untuk memanfaatkan dividen yang bakal diumumkan tidak lama lagi bagi menampung perbelanjaan raya nampaknya semakin tipis. Selama ini, KWSP menjadi ‘talian hayat’ bagi mendapatkan wang segera ketika berdepan tekanan kewangan terutama menjelang musim perayaan.……














