fbpx
Hanafiah (kiri) berhadapan dua pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Exco Terengganu, Hanafiah didakwa arah GLC ambil dua anak bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalah guna kuasa mengarahkan dua anak lelakinya bekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada enam dan lapan tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai yang berusia 66 tahun tersebut membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Exco Terengganu dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk suapan bagi anaknya, Mohd. Najmi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) Berhad, Pengkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, Kemaman pada 15 Ogos 2018.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan sama bagi seorang lagi anak lelakinya iaitu Ahmad Kamil di pejabat sama pada 18 Jun 2020.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Hanafiah didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kosmo! semalam melaporkan Hanafiah ditahan sebaik tampil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman pada pukul 11.15 pagi.

Terdahulu Hanafiah tiba di pekarangan mahkamah bersama penyokong-penyokongnya serta dua Exco kerajaan negeri Terengganu iaitu Datuk Wan Sukairi Wan Mohamad dan Datuk Arriffin Deraman pada pukul 8.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN