fbpx
Wanita tersebut memarahi ustaz di sebuah sekolah pondok. - Instagram

Wanita ancam lapor ustaz ke polis, berang anak dimarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Lumajang, wilayah Jawa Timur memarahi dan mengancam untuk membuat laporan polis ke atas seorang ustaz gara-gara tidak berpuas hati anaknya dimarahi kerana merokok, lapor laman berita Bekasi Kinian.

Dalam satu video tular di media sosial, wanita tersebut dilihat ‘menyerang’ ustaz berkenaan dengan memarahinya.

Daripada butir percakapan, anaknya dikatakan dikenakan tindakan disiplin kerana merokok di sekolah pondok.

Wanita itu berkata, dia menuntut penjelasan daripada ustaz tersebut dan mengancam untuk membuat laporan kepada polis.

“Saya mahukan penjelasan kerana saya tahu anak saya tidak bersalah. Dia cuma merokok, perkara remeh,” kata wanita tersebut.

Dia kemudian mendakwa bahawa suaminya merupakan anggota polis, yang akan membuatkan ustaz tersebut ditangkap.

Video itu mejadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Anak anda merokok di sekolah, itu kesalahan besar, bukan kesalahan remeh,” kata seorang netizen,

“Pulangkan sahaja anaknya. Biar ibunya sendiri mendidik di rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN