PETALING JAYA – Beberapa peniaga bazar Ramadan dikesan menaikkan harga jualan sehingga RM2, sekali gus mencetuskan rungutan dalam kalangan pengunjung. Selain itu, terdapat peniaga yang mengecilkan saiz makanan demi mengekalkan harga sehingga menyebabkan pelanggan pula berasa kurang berbaloi. Di Shah Alam, Selangor, kenaikan harga sekitar RM1 bagi kebanyakan juadah di bazar Ramadan mula dirasai pengunjung. Iman Nizam, 20, berkata, biarpun kenaikan itu kecil, kesannya tetap dirasai terutama golongan muda serta pelajar universiti. “Saya kini lebih selektif ketika membeli dengan hanya……














