fbpx
Suspek lelaki yang ditahan bersama peralatan pecah rumah di Kampung Kanchong Darat, Banting.

‘Kantoi’ tidak sempat pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Cubaan seorang lelaki memecah masuk kediaman di Kampung Kanchong Darat, Banting di sini, gagal selepas disedari penduduk dan dicekup polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai suspek berusia 25 tahun itu, kira-kira pukul 11 malam.

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan lelaki itu bagi melakukan pecah rumah.

“Siasatan awal percaya suspek tempatan itu cuba memecah masuk sebuah rumah namun perbuatannya disedari penduduk setempat,” katanya hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan dadah.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN