fbpx
NUR IZZUDDIN dan Sze Fei bakal menambah kekuatan kem negara selepas bersetuju menyertai skuad Piala Thomas.

DinFei sah sertai skuad negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD badminton lelaki kebangsaan mendapat tonik terbaik apabila beregu profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bersetuju menyertai pasukan menjelang saingan Piala Thomas di Horsens, Denmark April depan.

Perkembangan positif itu disahkan Pengarah kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky yang menjelaskan, bekas gandingan No.1 dunia berkenaan sudah memberikan jawapan dan bersetuju menggalas misi tersebut.

Beliau berkata, beregu yang terkenal dengan julukan DinFei itu akan kekal menjalani latihan dua kali seminggu seperti biasa sebelum menyertai kem latihan ke kejohanan paling berprestij itu.

“Pasti adalah penglibatan beregu profesional. Mereka (DinFei) juga sudah berikan jawapan (setuju) dan bahkan mungkin sampai ke temasya Sukan Asia. Setakat ini, mereka menjalani latihan dua kali seminggu.

“Persiapan ke Piala Thomas memang kita sudah bermula dari awal, sejak November atau Disember. Memang kita sudah bincang mengenai apa-apa perancangan untuk kem latihan Piala Thomas,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Menurut Rexy, tiga beregu teratas sudah hampir pasti diisi bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Sze Fei-Izzuddin, namun peluang masih belum tertutup buat pasangan lain.

Justeru, beberapa kejohanan sebelum Piala Thomas termasuk saingan All England bakal menjadi pentas buat beregu-beregu lain untuk membuktikan kemampuan bagi memikat hati barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.

“Kalau kita lihat sekarang, tiga beregu teratas boleh dianggap sudah selesai, iaitu Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun dan Sze Fei-Izzuddin. Bagaimanapun, jika Arif Junaidi-Yap Roy King melakukan kejutan, mungkin ada cerita berbeza,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN