BUKIT KAYU HITAM – Kira-kira 30,000 pelancong Malaysia direkodkan bercuti di Hatyai, Thailand sepanjang cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina ketika ini berbanding lebih kurang 50,000 orang pada tahun lalu. Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla, Dr. Sitthipong Sitthiphataraprabha berkata, jumlah itu bagaimanapun masih rendah berbanding tahun lalu berikutan impak banjir besar yang melanda pada November tahun lepas. “Kadar tempahan hotel sepanjang cuti ini adalah kurang 50 peratus. Purata tempoh penginapan pelancong Malaysia adalah antara satu hingga dua malam sahaja, menjadikan Hatyai…














