fbpx
Steven Sim memuat naik gambar di laman media sosial beliau sedang dirawat di sebuah hospital.

Steven Sim dimasukkan ke hospital akibat keletihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dimasukkan ke hospital hari ini.

Menurutnya, beliau dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor selepas berminggu-minggu sibuk bekerja.

“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika.

“Saya akan kembali dalam tempoh terdekat. Lebih kuat. Jalan terus. Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sementara itu, media melaporkan, seorang pegawai Steven Sim ketika dihubungi pemberita memaklumkan, menteri itu dipercayai mengalami keletihan melampau.

Beliau dipetik berkata, keadaan Steven Sim tidak serius dan keluarganya mahu menteri berkenaan diberi ruang untuk berehat sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI