KETIKA ini, obesiti menjadi satu masalah yang membimbangkan memandangkan lebih separuh daripada rakyat Malaysia berdepan masalah tersebut. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, rekod menunjukkan 54.4 peratus rakyat negara ini atau satu dalam dua orang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti. Dalam mendepani masalah tersebut, Prof. Dr. Rohana Abdul Ghani menjadi antara insan penting yang berusaha untuk mengurangkan kadar obesiti di Malaysia. Beliau yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS) mengetuai persatuan yang memberikan tumpuan kepada……














