fbpx
Rajendran (dua dari kiri) hadir merasmikan Bazar Ramadan Liga Muslim di Lebuh Queen, semalam.

Pekerja asing tak boleh jadi tukang masak di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pekerja asing mengendalikan premis termasuk memasak di gerai yang diusahakan warga tempatan di bazar-bazar Ramadan di negeri ini.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A. Rajendran berkata, pemantauan akan dijalankan di setiap 27 bazar Ramadan yang terdapat di daerah Timur Laut dan Barat Daya bagi memastikan semua peniaga berlesen dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, tindakan juga akan dikenakan kepada peniaga tempatan sekiranya didapati menyewakan gerai mereka kepada imigran.

“Seperti tahun-tahun lalu, kita memang ambil tindakan. Tapi, kita ingin pastikan bahawa ada pemilik gerai di situ. Kita hanya benarkan pekerja asing membantu perniagaan milik peniaga tempatan di bazar Ramadan tapi bukan untuk memasak atau mengendalikan premis di situ.

“Kita masih bertoleransi untuk bertolak ansur (pekerja asing sebagai pembantu) bagi memastikan bazar Ramadan ini dapat dijalankan dengan jayanya kerana agak sukar sekiranya
tanggungjawab itu hanya diberikan kepada pemilik premis,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau memberitahu lagi, MBPP akan menggandakan operasi kebersihan bazar Ramadan dengan mengadakan lawatan dan pemeriksaan di setiap premis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Ini bertujuan memastikan semua persekitarannya berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk kunjungan orang ramai,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, MBPP turut menekankan aspek keselamatan pengunjung bazar dan kesesakan lalu lintas di lokasi-lokasi tumpuan bazar Ramadan di negeri ini.

“Kita boleh mengurangkan (kesesakan lalu lintas) dengan mengambil tindakan seperti datang secara berkumpulan atau meletak kenderaan di kawasan lebih jauh dan berjalan kaki ke bazar Ramadan.

“Selain itu, kita ambil langkah fleksibel dari segi penguatkuasaan trafik dan hanya ambil tindakan ke atas kenderaan yang meletak di kawasan yang menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan peniaga ‘bidan terjun’ berebut untuk berniaga di bazar Ramadan popular di negeri ini disebabkan jumlah pengunjung yang tinggi dan biasanya makanan yang disediakan habis dijual.

Golongan itu yang muncul secara bermusim dikatakan sanggup merayu dan menyewa pada harga yang tinggi semata-mata untuk memenuhi keperluan mereka menyebabkan peniaga sedia ada terpaksa ber­saing bagi mendapat lot di bazar Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI