fbpx
Mohd. Suhairi cekal menjaga isterinya yang terlantar akibat penyakit buah pinggang tahap lima ketika ditemui di rumah adiknya di Selising, Pasir Puteh. – TOREK SULONG

Menumpang di rumah adik, jaga isteri sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang buruh menempuh ujian berat apabila terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menguruskan isterinya yang terlantar disebabkan penyakit buah pinggang kronik.

Mohd. Suhairi Mohd. Yaacob, 45, dan isterinya, Fatimah Mat Ail, 54, sebelum ini menetap di Johor Bahru dan pulang ke Kelantan dengan menumpang di rumah adiknya di Kampung Kedai Menanti, Selising di sini sejak Disember lalu.

Menurut lelaki itu, isterinya dikesan menghidap penyakit tersebut pada 2024, namun di­sebabkan Fatimah memerlukan penjagaan rapi, dia mengambil keputusan untuk pulang Kelantan dan meneruskan kehidupan menggunakan wang simpanan selain ihsan saudara-mara.

“Isteri menjalani rawatan dialisis air menggunakan tiub khas pada perut empat kali sehari mencecah RM800 sebulan.

“Namun atas nasihat doktor, dia perlu menukar kepada kaedah dialisis darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dalam masa terdekat ini. Isteri juga memakai lampin pakai buang selain kos ubat-ubatan lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Fatimah juga tidak mampu bergerak sendiri, malah pernah terjatuh ketika cuba bangun baru-baru ini.

“Saya buntu memikirkan wang untuk rawatan berkala dan per­belanjaan harian. Kami hanya menumpang di rumah adik dan saya pula tiada pendapatan tetap,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0311429000015298 atau menghubungi Mohd. Suhairi di talian 016-730 3089.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN