fbpx
TERTELAN sisa makanan ketika solat tidak membatalkan puasa.-GAMBAR HIASAN

Hukum tertelan sisa makanan ketika berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ASSALAMUALAIKUM. 

Jika saya sedang puasa, sedang solat Asar, tengah baca al-Fatihah, saya rasa ada benda pada lelangit. Saya tahu jika ada benda perlu buang terus tetapi saya ada sedikit lagi bacaan al-Fatihah dan saya habiskan dahulu. 

Bila saya tengok balik benda itu dah hilang. 

Batalkah puasa saya? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN: ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Dalam situasi ini, jika ia tertelan bersama dengan air liur dan sukar untuk membezakannya dengan perkara lain serta tidak dapat meludahkannya kerana sebab halangan tertentu seperti berada dalam solat dan sebagainya, maka puasa seseorang itu sah dan tidaklah terbatal. Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini:

“Jika ada makanan tersisa di gigi-giginya kemudian dia menggerakkannya dengan air liur kemudian tertelan dengan tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasa sekiranya dia sukar untuk membezakannya dengan air liur. Hal ini kerana dikira diberikan keuzuran dan bukan disebabkan oleh kecuaian. Jika tiada kesulitan demikian, maka batal puasa disebabkan kecuaiannya.

(Rujuk Mughni al-Muhtaj, 2:158)

Oleh yang demikian, perbuatan yang disebutkan di dalam soalan tidak membatalkan puasa pelakunya dan dia boleh terus berpuasa pada hari tersebut tanpa perlu mengqada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN