Selalunya menjelang akhir bulan Februari hingga awal Mac setiap tahun, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa menunggu dengan debaran tentang pengumuman kadar dividen yang pastinya bakal menjadi hadiah hari raya yang ‘manis’ buat semua ahli. Bagi tahun 2024, kadar dividen yang diisytiharkan adalah 6.3 peratus untuk akaun Simpanan Konvensional dan Shariah. Ini adalah satu angka yang memberangsangkan bersesuaian dengan faktor persekitaran ekonomi dengan perkembangan melonjak dalam pasaran ekuiti global serta peningkatan pendapatan pelaburannya sekali gus menggalakkan prestasi yang…














