fbpx
JDT lolos ke pusingan kalah mati ACLE buat kali ketiga selepas edisi 2022 dan 2024/2025.

ACLE: JDT kaut laba besar terus mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan status gergasi Asia Tenggara apabila ‘kaut’ untung keseluruhan AS$1.3 juta (RM5.07 juta) hasil kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan berjaya melunaskan misi mustahil apabila menang ke atas kelab Jepun, Vissel Kobe hasil jaringan tunggal Marcos Guilherme di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Menurut pendedahan ASEAN Football, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memperuntukkan sebanyak AS$1.3 juta untuk pasukan yang lolos ke pusingan mati termasuk bayaran penampilan bernilai AS$800,000 (RM3.12 juta).

Selain itu, JDT turut meraih AS$300,000 (RM1.17 juta) hasil tiga kemenangan peringkat kumpulan dengan setiap kemenangan diberikan ganjaran AS$100,000 (RM390,000).

Selain Vissel Kobe, turut berjaya menewaskan dua kelab China Chengdu Rongcheng dengan keputusan 2-0 dan Shanghai Shenhua (3-1).

Sebagai bonus tambahan, JDT turut menerima tambahan AS$200,000 (RM780,000) setelah mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik selepas mengakhiri saingan di kedudukan keenam liga zon Timur.

Bagaimanapun, jumlah RM5.07 juta itu tidak termasuk tajaan, nilai hak penyiaran dan pelbagai subsidi lain sepanjang kempen berlangsung.

Sebagai rekod, juara ACLE musim ini bakal membawa pulang hadiah lumayan berjumlah AS$10 juta (RM39 juta).

Pada musim lalu, misi JDT untuk melakar sejarah berada dalam kelompok lapan kelab terhebat Asia tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada seteru, Buriram United di pusingan 16 terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN