fbpx
Tangkap layar video TikTok Kionz.C menjelaskan mengenai kulit haiwan digunakan bagi penghasilan gendang tarian singa untuk Tahun Baharu Cina.

[VIDEO] Kulit gendang tarian singa, bolehkah orang Islam sentuh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir orang Melayu beragama Islam yang menyertai tarian singa Tahun Baharu Cina turut mengundang persoalan dalam kalangan orang ramai berikutan gendang digunakan dalam acara itu sama ada haram disentuh atau dibolehkan.

Hal ini kerana ramai tertanya-tanya berhubung bahan penghasilan gendang tersebut sama ada daripada kulit babi atau haiwan lain yang boleh disentuh oleh umat Islam.

Seorang pengguna TikTok kaum Cina dikenali sebagai Kionz.C memuat naik video menjelaskan lebih lanjut berhubung bahan dihasilkan untuk gendang tersebut.

“Bila kita nampak orang Melayu Muslim main tarian singa, kita tertanya-tanya, boleh ke? Lebih-lebih lagi di bahagian gendang, kulit gendang itu boleh ke disentuh?

“Kulit gendang itu diperbuat daripada kulit binatang apa? Ini menjadikan satu persoalan sangat-sangat besar yang ramai ingat kulit gendang ini haram disentuh oleh rakan Melayu Muslim kita.

“Sebab ramai beranggapan kulit gendang tersebut diperbuat daripada kulit… (babi). Sebenarnya gendang yang besar harus menggunakan kulit kerbau, ada sebab tertentu,” katanya pada video berkenaan.

Dia berkata, ada beberapa faktor kulit kerbau dipilih untuk dijadikan bahan membuat gendang tersebut berbanding kulit babi.

“Antara sebabnya ialah kulit kerbau asalnya tebal dan tahan lasak. Nak pukul kuat pun, tak takut ia koyak. Bunyi dihasilkan, nada ‘base’ sangat dalam dan sedap,” katanya.

Kionz.C berkata, ada juga gendang diperbuat daripada kulit babi, namun ia melibatkan alat muzik itu yang bersaiz kecil.

“Tapi ada tak gendang yang diperbuat daripada kulit oink…oink (babi)? Sebenarnya ada, biasanya gendang lebih kecil. Gendang yang besar, ia mesti gunakan kulit kerbau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@kionzchan Gendang Tarian Singa Haram di sentuh Muslim ke? Banyak orang tanya saya dalam video tarian singa Sebelum ini, gendang tu kulit apa? Inilah jawapannya. #culture #cny #liondance #racialharmony #unity ♬ 原声 – 福建哥

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN