fbpx
Keadaan kenderaan berkenaan yang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban Tampin, berhampiran hentian sebelah, malam ini.

Pokok tumbang hempap dua kereta, lima beranak nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Enam individu termasuk lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang di Jalan Seremban Tampin, berhampiran hentian sebelah, di sini, malam ini.

Pegawai Bomba Kanan 1, Yazid Yaacob berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 8.48 malam dan tiba empat minit kemudian.

“Pihak kami mendapati pokok itu menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki lima beranak berusia 12 hingga 47 tahun dan kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 38 tahun.

“Semua mangsa berjaya keluar sendiri dalam keadaan selamat sebelum pasukan operasi tiba di lokasi. Kerja-kerja pemotongan dahan dilakukan supaya jalan utama dapat dilalui kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN