ALOR SETAR – Peniaga makanan khususnya di bazar Ramadan diingatkan supaya mengamalkan etika perniagaan yang baik bagi mengelakkan aduan popular setiap tahun seperti karipap ‘angin’ dan lauk kitar semula. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, semua peniaga termasuk yang lama dan baharu perlu memastikan setiap makanan yang dijual berkualiti. “Cake amat ambil berat tentang isu keselamatan makanan kerana saban tahun terdapat aduan makanan tidak berkualiti yang sering kali menjadi trending dan disebut-sebut pengguna. “Antaranya karipap angin, makanan…














