fbpx
INI bukan kali pertama perlawanan bola sepak di England dihentikan seketika bagi beri peluang pemain beragama Islam berbuka puasa.

Aksi dihentikan bagi berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Perlawanan Liga Perdana Inggeris dan pertandingan lain di England akan meneruskan inisiatif untuk menghentikan permainan buat seketika bagi memberi ruang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Langkah itu menjadi prosedur yang sudah biasa diamalkan dimana tempoh masa aksi dihentikan akan diputuskan hasil persetujuan kedua-dua pihak.

Seperti kebiasaan, perlawanan hanya akan dihentikan ketika situasi sepakan gol, sepakan percuma atau pun semasa lontaran ke dalam dibuat.

“Dalam Liga Perdana Inggeris, anda bebas melakukan apa sahaja yang sesuai dengan anda. Mereka tidak akan pernah melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ini sesuatu yang hebat,” kata bekas pemain Everton, Abdoulaye Doucoure pada 2023.

Untuk rekod, perlawanan pertama yang menyaksikan permainan dihentikan seketika bagi beri ruang pemain beragama Islam berbuka adalah ketika membabitkan pertemuan Leicester City dan Crystal Palace pada April 2021.

Ketika itu, perainan dihentikan semasa sepakan gol bagi membolehkan pemain Leicester City, Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate (Crystal Palace) minum air dan mendapatkan gel tenaga.

Pada 2022, bekas pemain Liverpool, Sadio Mane mendedahkan yang The Reds ambil keputusan merubah jadual latihan sebagai sokongan kepada pemain beragama Islam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN