DUA hari lagi rutin kejut anak untuk bersahur pun bermula. Sebulan lamanya kita akan berpuasa sebelum Syawal diraikan bersama. Saban tahun orang Islam berpuasa, tetapi masih lagi tewas kepada nafsu. Sebelum Ramadan lagi ramai dalam kalangan kita sudah menempah untuk berbuka di hotel dan restoran. Ada yang sanggup menabung sejak awal tahun untuk menikmati makanan hotel. Premis makanan tidak putus-putus membuat promosi untuk mendapatkan keuntungan dengan kedatangan Ramadan. Pasal makan kita sanggup berhabis atas alasan hanya Ramadan sahaja makanan tertentu……














