fbpx
TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Majistret Temerloh di Temerloh hari ini.

Pemandu Porsche didakwa memandu bawah pengaruh alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Pemandu kenderaan mewah jenis Porsche Cayenne yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan  memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tertuduh, Shaun Lau Wee Hong, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Menurut pertuduhan, Wee Hong didakwa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian R. Mathialagan, 35, dan isterinya S. Sathiasivam, 33.

Kesalahan dilakukan pada pukul 12.55 tengah malam di Kilometer 134 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini. Oleh itu dia dituduh mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda sehingga RM100,000. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zaffar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes.

Semalam Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri maut dalam keadaan menyayat hati apabila kedua-dua mereka rentung selepas Proton Preve yang dinaiki terbakar setelah dirempuh kenderaan lain di Kilometer 134 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan kelmarin.

Kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu mengorbankan R. Mathiyalagan, 35, dan isterinya, S. Sathiasivam, 33, selepas mereka terperangkap dalam kereta tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI