fbpx
AZEEM memecahkan rekod 200m ‘indoor’ yang dilakukannya dua minggu lalu ketika beraksi pada kejohanan jemputan Tiger Paw 2026. - FB AUBURN TRACK & FIELD

Azeem terus cipta sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus me­ngukuhkan reputasinya apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan 200 meter (m) ‘indoor’ dengan catatan 21.20 saat (s) pada kejohanan jemputan Tiger Paw 2026.

Catatan tersebut memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri yang dilakar dua minggu lalu (21.50s) di kejohanan jemputan Bob Pollock, sekali gus melakar peningkatan prestasi luar biasa tahun ini.

Lebih manis, pencapaian terbaru itu hadir ketika Azeem berada dalam fasa kematangan pres­tasi di Amerika Syarikat dengan konsistensi masa yang semakin stabil dalam beberapa penampilan terakhirnya.

Bekas jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah menjelaskan bahawa peningkatan prestasi yang dipamerkan Azeem bukan kebetulan, sebaliknya hasil kestabilan larian yang semakin jelas dalam acara pecut pendek 60 meter.

“Setakat ini sudah dua kejohanan indoor yang dia sertai dan berdasarkan perbualan kami, ca­tatan masa yang dibuat agak konsisten. 6.68, 6.60, dia sudah dua kali mencatat 6.60 saat,” katanya.

Menurut jurulatih tersebut, baki beberapa kejohanan indoor sebelum Mac berpotensi menjadi platform terbaik untuk Azeem memperbaharui satu lagi rekod kebangsaan, kali ini dalam acara 60m

“Kalau ikut tempoh musim dalam dewan yang masih ada satu hingga tiga kejohanan lagi, saya percaya rekod kebangsaan indoor boleh dipecahkan berdasarkan apa yang kami bincangkan,” jelasnya.

Perkembangan itu sekali gus menguatkan naratif Azeem kini berada di landasan tepat untuk menembusi tahap elit, selari de­ngan jangkaan bahawa catatan bawah 10 saat bagi 100m bukan lagi sasaran mustahil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN