fbpx
Ahmad Fuad (kiri sekali) menyantuni pengguna lebuh raya itu di Plaza Tol Ijok, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

130,000 kenderaan guna Latar sehari sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Kira-kira 130,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) sehari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Operasi Latar, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, jumlah itu mencatat peningkatan sehingga 30 peratus berbanding hari biasa.

“Trend peningkatan bilangan kenderaan direkodkan sejak Jumaat lalu dan dijangka berterusan sehingga esok, lusa dan sepanjang minggu ini,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Ijok, di sini, hari ini.

Ahmad Fuad berkata, pemantauan mendapati kes kemalangan membabitkan haiwan liar di jajaran lebuh raya itu masih terkawal.

“Kita mempunyai pagar keselamatan dan sentiasa memastikan ia berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan pencerobohan haiwan,” katanya.

Beliau mengakui pihak Latar pernah menerima kes penggunaan wang palsu di kaunter tambah nilai, namun bersifat terpencil dan tidak memberi kesan besar terhadap operasi harian.

“Sebagai langkah pencegahan, mesin pengesan wang palsu disediakan di semua lorong tambah nilai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN