fbpx
Gambar hiasan

Lebih 8.1 juta rakyat Malaysia sudah tebus Sara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seramai kira-kira 8.1 juta rakyat Malaysia sudahpun menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) setakat Jumaat lalu, dengan melibatkan jumlah perbelanjaan mencecah hampir RM780 juta.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan Sara disambut baik oleh semua penerima tanpa mengira pendapatan.

“Saya tengok data sehingga Jumaat lalu, Sara untuk semua yang kerajaan bagi RM100 tu, penerimaannya amat baik sekali.

“Lebih kurang 8.1 juta orang telah menebus Sara dengan perbelanjaan hampir RM780 juta.

“Jadi kalau kita tengok pendekatan yang kita ambil ialah untuk memberi peluang untuk semua orang menikmati Sara ini dan juga kita telah melebarkan kategori barangan yang boleh dibeli seperti barangan sejuk beku,” katanya ketika ditemui pemberta pada sesi turun Kampung Angkat Madani di Pulau Betong di sini, hari ini.

Amir Hamzah (dua dari kiri) menaiki bot ketika sesi turun padang di Kampung Angkat Madani Pulau Betong, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Dalam pada itu, Amir Hamzah menjelaskan, lebihan peruntukan daripada Sara yang tidak digunakan akan dipulangkan semula kepada rakyat melalui program bantuan kepada golongan rentan.

“Saya rasa kadang-kadang kita tahu dalam dalam pendekatan kerajaan, kita bagi Sara ni untuk semua tapi mereka yang mungkin dah ada kemampuan sendiri, mereka tak pakai Sara.

“Macam saya tahun lalu saya tak pakai, lebihan yang kita ada kerana orang tak pakai, kita pulangkan juga kepada rakyat untuk mereka yang lebih terbeban.

“Seperti saya umumkan dalam Parlimen tempoh hari, RM150 juta dipulangkan untuk program-program khusus golongan rentan termasuklah OKU, untuk memberi peralatan peranti perubatan untuk mereka yang ada klinik kronik illness,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 22 juta pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas boleh mula menggunakan bantuan Sara bernilai RM100 secara one-off bermula 9 Februari lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, inisiatif di bawah Kerajaan Madani itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi meringankan kos sara hidup rakyat selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN