fbpx
Gambar hiasan

KTMB tawar diskaun 20% ETS sempena Tahun Baharu Cina, awal Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 20 peratus bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) terpilih kepada orang ramai yang merancang pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan 2026.

Menurut KTMB dalam satu kenyataan, diskaun berkenaan melibatkan semua sektor perjalanan ETS terpilih dan penumpang boleh menikmati potongan harga dengan menggunakan kod promosi ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20 ketika pembelian tiket.

Selain itu, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan dan ia tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al-Bakri berkata, inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang cekap serta mesra rakyat.

“Diskaun 20 peratus ini memberi peluang kepada penumpang menjimatkan kos perjalanan sepanjang musim perayaan.

Pada masa sama, penggunaan tren sebagai alternatif utama dapat membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya serta memastikan perjalanan lebih lancar, selesa dan selamat,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh promosi yang terhad itu.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios bagi memudahkan pelanggan mendapatkan tempat duduk.

Diskaun ini hanya sah untuk perjalanan ETS kelas biasa, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan tidak terpakai bagi perkhidmatan lain seperti KTM Komuter, KTM Intercity serta Shuttle Tebrau.

Orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tempat sepanjang tempoh perjalanan musim perayaan yang dijangka sibuk.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI