fbpx
Aswadi (kiri) memeriksa harga minyak masak peket semasa SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 di sebuah pasar raya dekat Tumpat hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

32 penyeludup dicekup dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seramai 32 individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan dan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan jenayah rentas sempadan dicekup di Kelantan sejak awal bulan lalu.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, kesemua suspek yang ditahan itu melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 140 tindakan kes dikenal pasti melibatkan pelbagai kesalahan di bawah perundangan KPDN dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM439,666.

“Rampasan dan tangkapan dijalankan menerusi risikan secara berterusan oleh anggota penguat kuasa KPDN di beberapa daerah berdekatan sempadan Malaysia-Thailand dan laluan utama di negeri ini.

“Siasatan lanjut mendapati, penyeludup memindahkan petrol secara haram ke dalam bekas simpanan sebelum ia diedarkan secara tidak sah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, selain itu, sebanyak 46 kenderaan bernilai RM204,600 disita manakala jumlah rampasan bagi 91 kes dianggarkan lebih RM88,000.

Menurutnya, rampasan petrol mencatatkan jumlah rampasan tertinggi sejak Januari lalu dengan RM25,022, tepung gandum (RM22,441), minyak masak (RM19,582), gula (RM13,967), diesel (RM4,388) dan tong gas petroleum cecair (RM2,794). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN