fbpx
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam lif di Blok Akasia, Bayan Lepas, semalam.

13 penghuni cemas terperangkap dalam lif tingkat 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 13 penghuni berdepan detik cemas apabila mereka dilaporkan terperangkap dalam lif di aras 15, Blok Akasia, Mutiara Perdana di Bayan Lepas di sini, semalam.

Kesemua mangsa terdiri lapan lelaki dan lima wanita itu masing-masing dikatakan menetapkan di blok berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.14 petang dan kemudian bergegas ke lokasi terbabit.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan l, Muhammad Syahir Jamaludin.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ dan melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas termasuk kunci lif.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh dua minit iaitu pada pukul 5.45 petang. Kesemua mereka ditemui dalam keadaan selamat, katanya di sini, malam tadi.

Tambahnya, lokasi kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI