fbpx
Rani Kulup ketika dimasukkan ke hospital pada 3 Februari lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Rani Kulup semakin stabil, masih dalam pemantauan rapi di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah, dilaporkan semakin stabil, namun masih perlu berada di bawah pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Dalam hantaran dimuat naik sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, buat masa ini, tiada pelawat dibenarkan kecuali keluarga terdekat bagi memberi ruang kepada Rani Kulup untuk berehat sepenuhnya.

“Walaupun terdapat perkembangan positif, beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya Ayahanda (Rani Kulup) masih dalam pemerhatian teliti pihak hospital untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

“Teruskan titipan doa agar kesihatan Ayahanda kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala dan segala urusan rawatan dipermudahkan oleh-Nya,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

​Dalam masa yang sama, Razali turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan, dan doa yang tidak putus-putus daripada semua pihak.

​”Semoga Allah menyembuhkan Ayahanda dengan kesembuhan yang sempurna,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Rani Kulup ditidurkan ditidurkan di HUKM selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Abdul Rani, 70, mula dikenali lebih sedekad lalu selepas aktif membuat laporan polis berkaitan pelbagai isu semasa yang melanda negara.

Dikenali dengan panggilan Ayahanda Rani Kulup atau Raja Report Malaysia, beliau turut mempunyai sisi seni apabila aktif bermain muzik serta pernah mencuba nasib dalam dunia lakonan menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN