Jika kita ingin bercakap tentang tabiat atau sikap buruk pemandu kenderaan terutamanya kereta di negara ini, sudah pastinya tidak tersenarai kerana terlalu banyak yang boleh dibicarakan. Sikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain sememangnya menjengkelkan dan tidak harus ditiru kerana kadangkala ia boleh mencetuskan polemik dan perbalahan. Tidak sekali malah berkali-kali sikap segelintir masyarakat yang tidak cakna dengan masa orang lain dipaparkan di media sosial, namun ia masih berlaku seolah-olah tidak pernah selesai. Mungkin ada di antara kita…














