fbpx
Jegan pada sesi pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Tiada aduan rasmi udang putih tidak cukup di P.Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang setakat ini belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan kekurangan bekalan udang putih di pasaran menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Selasa depan.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, walaupun terdapat laporan mengenai penurunan bekalan, peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah.

Menurut beliau, udang putih merupakan antara barangan yang tertakluk di bawah skim harga kawalan dan penetapan harga dibuat mengikut kategori serta saiz.

“Sekiranya terdapat peniaga yang menjual melebihi harga kawalan atau menetapkan harga tidak munasabah, pengguna boleh membuat aduan rasmi kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai juga digalakkan menggunakan aplikasi Price Catcher bagi membuat semakan dan perbandingan harga dalam radius tertentu sebelum membuat pembelian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi ‘walkabout’ sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 peringkat negeri yang melibatkan 15 jenis barangan kawalan selama sembilan hari bermula hari ini di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI